Wednesday, December 14, 2011

Ape beze umpat ngen kutuk??

hajimemashite!!
O-genki desuka??


Mengumpat dan mengutuk. Sekilas dengar seakan membawa maksud yang samakan??. Dua kilas dengar macam tak sama.:). Tetapi jika dipikirkan betul-betul ianya membawa kepada maksud dan perkaitan yang berbeza. so kat sini bunyi nak bagitau apew beze die!!


Entri kali ini bunyi hendak katakan sedikit beza dan perkaitan menutuk dan mengumpat ni.
Takrifan dan pengertian adalah berdasarkan pandangan bunyi sahaja tanpa merujuk kepada
 mana-mana kamus takrifan.heheheh Oleh itu tidak digalakkan untuk diguna dalam karangan bahasa melayu.ok!!!



Ok serius sikit. Apa yang bunyi rasa berbeza antara mengumpat dan mengutuk ini.?


1. Kesahihan

i) Kutuk: Betul dan berlaku
Kalau mengutuk ini, biasanya perkara tersebut adalah betul dan benar-benar berlaku. Contoh
 penyu mengutuk tentang ikan kerana membiarkan ibu bapanya tanpa jagaan. Biasanya penyu
 memang tahu ikan memang membiarkan ibunya dan dia mengutuk ikan samada kepada ikan 
atau kepada kawan-kawan lain.
ii)Mengumpat - Tidak pasti
Kebiasaannya mengumpat ini adalah perkara yang pasti atau tidak pasti. Kalau betul berlaku
 pun, perbuatan mengumpat akan ditokok tambah untuk menyedapkan cerita. Kalau dari 
Amaninah kata nampak nu axijin pergi hotel. So sampai dekat fatihah nanti ceritanya akan jadi
"nampak nu axijin pergi hotel, dia pernah kantoi, dia memang suka pakai seksi, bertukar
 pasangan, pernah masuk paper, ada skandal dengan suami orang," dan macam-macam lagi
 yang menjadikan cerita tu 'best'. ish3 ni mmg x patut!!!

2. Berdepan.?

i: Mengutuk - Berdepan/belakang.
Mengutuk sesuatu/seseorang boleh berlaku secara berdepan atau belakang. Contoh erika kutuk
 amaninah " ko ni teruk la, tak patut ko buat macam tu, dah la ko ta cantik pun". Ataupun di 
belakang, tetapi jarang ada tokok tambah walaupun kutukan di belakang.
ii) Mengumpat - belakang.

Mengumpat ni, memang sah berlaku secara membelakangkan orang yang diumpat. Tidak kira 
la siapa yang diumpat, betul atau tidak. Pernah juga anda dengar ayat-ayat ini bukan, "Kalau
 depan² bukan mengumpat kan" ye ke??

3. Perasaan, Bahasa

i) Mengutuk - Benci, bahasa kasar

Mengutuk biasanya melibatkan perasaan benci dan tidak senang dengan apa yang dilakukan
 oleh seseorang. Dan juga bahasa biasanya adalah kasar. Contohnya " Bodoh la Abu tu, budak
 bawah umur pun hendak buat jadi kekasih". Mengutuk juga intonasinya adalah straight, tiada 
turun naik.
ii) Mengumpat- Meluat, intonasi turun naik
Mengumpat pula biasanya melibatkan perasaan meluat dengan apa yang berlaku atau 
didengari. Contoh " Ei, bodohnya Abu, budak bawah umur pun dia nak jadikan kekasih, kalau
 aku la, jangan harap la". Intonasi pula naik turun bergantung kepada keadaan dan bagaimana
 situasi mengumpat itu.

3. Jantina

i) Mengutuk - Lelaki

Mengutuk memang lebih mudah dikaitkan dengan lelaki. Sebab salah satu sifat lelaki straight to
 the point je. Ada juga dikalangan perempuan tidak seganas lelaki kalau bab mengutuk.
ii) Mengumpat - Perempuan

Mengumpat memang sinonim dengan perempuan, boleh dikatakan ini antara 'aktiviti' mereka 
apabila bertemu. Sukar untuk mereka mengelak daripada ini kerana salah satu sifat bagi 
perempuan adalah mereka suka bercerita. Dan dalam bercerita apabila melibatkan orang lain 
akan menjurus kepada tokok tambah yang boleh kita gelarkan sebagai mengumpat.
4.Contoh Dialog:

i) Mengutuk

"Teruk la Abu tu bawa Minah tu merata-rata. Kalau jadi pape susahkan orang tua je. Dan la
 budak bawah umur. Bengong sungguh tak pikir masa depan"
ii) Mengumpat

" Eh, ko tau tak, Abu tu memang tiap² hari bawa Minah merata². Dulu aku pernah dengar dia 
kena tangkap khalwat, Minah tu pula orang 
kata dia tu minah rempit, dan bertukar jantan 5-6 kali, mak bapak dia pun kalau tak silap aku
bercerai sebab ada skandal dulu. Masa minah lari dari rumah dulu pun mak bapak dia tak kisah
 pun, pastu dah la lari dari rumah tidur rumah member lelaki lak. Entah-entah dan mengandung
 dulu. Aku tak tahu sangat la, aku dengar cerita orang".
------------------------------------------------------------------
Kesimpulan kecil.:)

Mengutuk : Straight, berdepan/belakang, bahasa kasar, lelaki

Mengumpat: Bengkang bengkok, berintonasi, tokok tambah, belakang, perempuan


watak dalam ni xde kene mengene dengan hidup atau yang mati..hehehehhehe


sayoorrrnaraa!!!

Read more...