Showing posts with label jenaka. Show all posts
Showing posts with label jenaka. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Pantun Negeri Masing2

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
  

Read more...

Jangan gentar dengar name HANG!!!

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini

1508: Alfonso de BURQUE menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera 

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana 

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa... 

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,... 

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan

Seminggu selepas 

Feb 1512, perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso 

Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah 

Perisik 1,2,3: Selamat pagi tuan (sambil bertabik) 
Alfonso: Selamat pagi 
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang 
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak) 
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15 ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang.. 
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya 

hang sihat ka, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang tidoq ka, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang
macam macam lagi hang ada kat sana..... 

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ. 

scroll sampai bawah..... 

lagi.... 

lagi... 







Hang tunggu apa lagi...hang nak mampuih ka....hang pi buat kerja nu!!!


Read more...

Gelak sikit Malam ni...kahkahkahkah (Part I)

Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh ; Oh, I'm sorry
Pemuda ; It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh ; Thank you too.
Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh ; ( hairan ) what for?
Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh ; Are you sick?
Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye . 
Mat salleh ; ( bingung )






Read more...

Saturday, November 19, 2011

Haktuihhh punye anak!!! hihihihi

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:

"Dimana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..." hahahaha (gelak nakal)

Read more...

PanTun Ke Jenake nih!!!

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap



Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak - Pantun Sakit Hati 

Read more...

Pak cik 0000 Pak ciK!!!

Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus
UITM. 
Mahasiswa : "Sudah lama mengemis di sini pakcik?"
Pengemis : "Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya
pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?"
Pengemis : "Paling sedikit RM 50.00 nak ...
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik 

Pengemis : "Bolehlah nak, untuk keluarga..."

Mahasiswa : "Ehhhh...keluarga ada di mana?"

Pengemis : "Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra 
Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di 
Universiti Sains Malaysia di Penang..." 

Mahasiswa : "Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak 
pakcik tu semuanya masih kuliah?"

Pengemis: "Tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik..."



Read more...

GelaK Sebentar Bersama Gitar..Muahahahaaha

Memandangkan sekarang ni tiap-tiap hari hujan, Cikgu Sameah yang prihatin bertanyakan keadaan kesihatan murid-muridnya sebelum tamat kelas.

Cikgu Sameah  :  Kamu semua sihat dak? Cikgu tengok semua muka sakit tak bermaya. Hairan jugak, biasanya muka tak paham jaaa

Karim  :  tak sihat cikgu. saya sesema. malam-malam tak boleh lena. lepas tu bapak saya merajuk dengan saya.

Cikgu Sameah  :  Aik, awat pulak?

Karim  :  iyalah, malam-malam saya tido dengan mak saya

Cikgu Sameah  :  alolo, cemburu buta. pak ang toya betui ayah kamu tu naaa  =,="

Senah  :  saya pun tak sihat cikgu. lepas tu balak saya mintak putus dengan saya.

Cikgu Sameah  :  laah begitu sekali. kamu sakit apa Senah?

Senah  :  sakit period.

Cikgu Sameah  :  setahu cikgu, kelas yang cikgu ajaq ni kelas tadika. awat awai sangat Jepun mai pacak bendera kat hang?

Senah  :  iyalah, saya pening-pening pala, asik marah jaa, lepastu mesej sat-sat kerja nak gaduh jaa ngan balak saya. tu period la tu kan? saya habaq la kat dia saya period. terus dia mintak putus

Cikgu Sameah  :  aduihlaaaa(tepuk dahi). takpa la Senah, sabaq ja la. lagipun kamu tadika lagi, hafal sifir dulu naa. nanti da besaq da pandai pikir baik buruk, berbalak la berhektar-hektar sekalipun.
Baman  :  Cikgu. saya pun sakit jugak.

Cikgu Senah  :  laah sakit apa tu Baman?

Baman  :  sakit hati! sampai hati Senah heboh pasai kami dah putus. dia kata nak buat sengap jaa, lupakan segala kisah lalu. dia mungkir janji. sakit hati saya ni!

Cikgu Sameah  :  alamakyaiii. sabaq Baman sabaq. cikgu pun tengah sakit ni.

Baman  :  sakit apa cikgu? nampak sihat jaa. sakit nak mengencing la tu. tak baik oo cikgu kencing kami. berdosaaaaaa
Cikgu Sameah  :  Dak aiyhh. ni betoi. cikgu sakit otak memikiaq banyak sangat ka kerja rumah cikgu bagi sampai hangpa tekanan gila-gila nih? sekoq-sekoq masalah ngalahkan cikgu pulak. udah, class dismiss. cikgu nak chauu nak ingat balik dulu cikgu dah baligh ka belum. duk banding dengan ampa memang nampak macam belum la jawabnya.....





Read more...