Sunday, December 16, 2012

FYP


Haiiiii!!!
lame saye tak update blog ni...
bukan buzy pown tp malas nak menaip..
kan bagus kalu ade alat saya ckp je pastu terpampang kat skrin ni..
mesti tiap2 hari blog di update....kui3
tapi ape kan daye kalu ade pown mesti tak mampu nak beli..hihihihi

skung ni tengah menunggu experiment tuk final year projek..
so ade mase free ni cubelaaa nak menggerakkan tangan ngen menaip notebook ni...
xde ape pown nak crite..
alang2 kat lab ni..so aku briefinglaa ckit pasal projek ak saye ni..

tajuk diberi>>>>> ZnO nanoparticles based electrode for lactate sensor

hahahhaha...ape yg korang paham tajuk ni...cube fikir sejenak?? 
ape sebenarnyee yg kene saye buat ni???

hihihihihi...dalam ayat yg senang saye kene modified sensor untuk detect lactik asid kat kepale lutut korang tu..
lactic acid tu ape lark??

haaaaa...lactic acid tu sejenis cecair yg kat kepale lutut yg bagi kite tak sakit bile bergerak..
owg tue skung mesti dah kurang lactic acid kan...so alat nilaaa akan sye gune tuk cek kandungan lactik acid dieowg...hihihi

sebenarnyee sebelum ni sye dapat tajuk tuk detect kolestrol..tp diesebabkan tersalah oder chemical...so kene keep going tajuk nilaa...

fulammmaakkk bukan senang kot nak start projek ni..
rasenyee dalam 2 bulan jugak baru saye betul boley starrt projek ni...
almaklumlaaaa kene prepare dari segi pengetahuan dulu...bukan main masuk je labb..pastu buat sesuka hatii

kite kene biasekan diri ngen instrument kat lab dulu....bak kate owg...manje2 dulu..hihihi
finnally saye dapat jugak start projek ni..harap2 menjadilaaa biosensor saye ni...
oklaaaaa itu ajelaaaa...sye nak g prepare solution lark.....memang best kalu jadi chemist ni....hihihi





Read more...

Sunday, August 12, 2012

Subhanallah!



Seorang budak berstatus bayi kecil telah menggemparkan dunia perubatan di negara Arab. Budak tersebut telah dianalisis dan didapati terdapat satu objek seperti bayi dalam kandungan dalam perutnya.
Awalnya saya sangat tidak percaya dan saya menganggap ini spekulasi, tetapi setelah melihat hasil analisa pasukan doktor lengkap dengan gambar – gambar budak pelik dan kandungannya, seperti sukar untuk tidak dipercayai. Ini benar – benar fakta unik dan misteri kehidupan.
Budak berusia satu tahun ditemui hamil di Arab Saudi. Doktor mengatakan ini kes yang unik bagi dunia ini. Laporan Ilmu Perubatan mengatakan: ” Apabila ibu kanak-kanak ini hamil, dia mempunyai 2 janin dalam dirinya. Tapi salah satu janin tumbuh di dalam yang lain, inilah mengapa gadis ini lahir dengan janin dalam rahimnya. Pasukan Doktor Arab memastikan ini boleh saja terjadi dari sudut perubatan. Mari kita lihat gambar budak pelik setahun yang mengandung.
P/S: Ingat lagi ke kisah ibu kepada Nabi Isa iaitu Maryam yang melahirkannya suatu ketika dahulu. Ramai orang menuduh Maryam berzina kerana tidak berkahwin. Sedangkan itulah adalah kekuasaan Allah SWT.



Read more...

Tuesday, August 07, 2012

Gahhhh di persada badminton dunia




Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei disambut ribuan penyokong sebaik tiba di 
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi Selasa. Chong Wei sekadar menghadiahkan pingat perak kepada negara selepas tewas kepada pemain No.1 dunia, Lin Dan.
tahniah buat Datuk Lee Chong Wei ...
kalah menang adat pertadingan..janji persembahan permainan sgt2 kosisten...
kalah pown bermaruah..hihihihi
cool je die men....memang tahap pro permainan die...
perak pown dah jdi kebanggaan rakyat malaysia kerane tulaa satu2nyee pingat tunggal setakat inii...WELL DONE!!!












Read more...

Monday, July 30, 2012

Berukir Inai di jari Haram ke??? jom Layan!!




tangan-berinai

assalamalaikum...
hari ni bukak je fb ade sepupu tanye pasal ukir inai di jari..
maklumlaa die nak kawin dah 6ti ....
so bunyi just nak sharelaa cikit pasal hukum mengukir inai di jari semase perkahwinan..

ramai yang tahu dan ramai yg buat2 xtahu.. tp ramai jg yang sebenarnya tidak tahu.. 
so bunyi nak share 1 artikel yg dibaca.. harap info ni berguna untuk kita semua.


Pengantin : Hukum Berinai

Sejak terbaca status kat fb tu bunyi jadi musykil. 
Perkara kecik mungkin, tapi kena ambik pandang jugak sebab membabitkan soal hukum hakam agama
so ape lagi gunekan kehebatan pakcik google kite. hihihihi

Hukum memakai inai bagi wanita
Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang
 tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W.
 lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda:
 “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.” 
Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” 
Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan,
berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)
Jadi, inai adalah sejenis pewarna yang boleh di pakai oleh wanita pada bila-bila masa. 
Dan Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa
 pemakaian inai adalah untuk membezakan tangan seorang lelaki dengan wanita. 
Tapi saya ada terbaca, diharamkan memakai inai
 bagi wanita dalam idah yang kematian suami (tak pernah tahu sebelum ni).
Hukum memakai inai bagi pengantin lelaki


Diharuskan. Sebab ia merupakan sebahagian daripada adat perkahwinan Melayu 

yang tidak bertentangan dengan hukum Syara’
Namun!!!
terdapat riwayat menyatakan :
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) 
yang mewarnakan tangannya dgn henna 
(inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W:
 “Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita.
” Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi’ (sebagai hukuman, dihantar ke tempat 
yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). 
Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w:
 “Kenapa dia tidak dibunuh?” Lalu baginda S.A.W bersabda:
 “Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang.”
 (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami’, 2502)
Hukum memakai melukis inai pada kulit kaki dan tangan bagi pengantin.


Ada banyak pendapat.
Pernah JAKIM menyatakan bahawa hukumnya HARAM dan dilaknat Allah.
 Alasan : Ia menyerupai tatu dan ada ketikanya,
 dibuat oleh pengantin bagi tujuan bermegah-megah.
Ada berpendapat, ia diharuskan selagi tidak menyerupai corak hidupan.


Mazhab Hanbali
berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan
 utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota
 badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan.

Mazhab syafie
pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai)
 pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. 
Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 
perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam
 iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu’
berkata lelaki diharamkan memakai inai pada 
tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. 
Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Mazhab Hanafi dan Maliki
lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana 
tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.
Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa

 Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah,
 “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dlm ihram.
 Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” 
(Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma?rifah, 
dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)

Wallahualam.
Bagi pendapat dan kefahaman Bunyi :
Sekiranya dengan melakukannya akan menimbulkan kecurigaan dan pertikaian,

 apalah salahnya ditinggalkan sahaja. Ia tidak lebih
 dari sekadar adat. Memadai dengan berinai pada hujung jari. 
Sebab ianya diharuskan dan tidak ada pertikaian tentang jatuh ke hukum haram.
Senang lah bukan? Jangan pening kepala cuba membolehkan 
perkara-perkara yang jelas ada pertikaian. Lebih-lebih lagi 
kepada perkara yang tiada tuntutannya dalam Islam. Take it easy Smile
Cuma untuk berkahwin. Bukan dalam kes darurat. Jangan berjuang
 mati-matian sangat dalam urusan inai. Tapi mengkaji dan belajar itu lebih baik.



ni boleylaa kalu nak tambah info....hihihi
klik disini


Read more...

Thursday, July 26, 2012

Kuno VS Moden






Assalamualaikum...
haaa dah tengok + bace dah gambar kat atas tu...ape yg korang rase...teruk kan zaman skung...remaje skung sudah brani buat perkare yg dilarang oleh agame...nak cakap mak ayah x ajar agame...rasenye dah cukup ilmu dibekalkan time kecik2xtaulaa mane silapnyee..silap negare ke sbb terlalu membangun??tp seblum negare maju pown dah ade mende alah ni....so salah siape???maybe bunyi syak manusie skung terlalu lalai..iman pown xberapee nk kuat...kene gode ckit dh longlaii..Astrafigrullahso bulan2 puase ni harap2 korang semue buke lembaran baru...bak kate owg bukak buku baru..semoge gmbar di atas akan hilang catatannyee pasal keburukan manusie skun..Amin


Read more...

Monday, July 23, 2012

Sape nak berjimat cermat...Mohla kite kawin!!


Hai semueee!!!
Amacam dah masuk hari kedue berpuase...okeh ke???
jgn xpuase dahlaaaa..xbaik okeh...bulan puase nilaaa semue mende kite kene tahan..
tahan makan n minum, nafsu n lain2 lagilaaa..hihihi
Tadi bunyi ade selak cikit surat khabar b4 pi kije..
ape yg bunyi tertarik kat tajuk kat lam tu ni dio...

Pasangan berumahtangga lebih cenderung menabung..kir lagi jimatlaa kalu dah kawin..
so kalu tgok je tajuk ni..bunyi duk pikir2...betul ke???
hrmmm kalu mcm tu bunyi pown nak kawin awal..hihihi
ni kajian yg org landon buat..
ape lagi bacelaaa....


London: Langkah untuk berkahwin mungkin cara terbaik untuk menyimpan duit kerana pasangan yang mendirikan rumah tangga pada umumnya menggalakkan sikap berkorban dan tabiat menabung daripada berbelanja untuk suka-suka.
Satu kajian terbaru di Britain mendapati, mereka yang menjalin hubungan secara dasarnya akan mempunyai sekurang-kurangnya £68 (RM337) sebulan atau hampir £800 (RM4,000) setahun.
Pasangan suami isteri juga biasanya mempunyai sasaran bersama seperti menyimpan wang untuk membeli rumah, untuk membiayai kehidupan berkeluarga atau bertujuan untuk tabungan menjadikan cara berbelanja juga terkawal.
Kira-kira 57 peratus daripada setiap pasangan mengakui bahawa suami atau isteri mereka memainkan peranan, termasuk berleter, untuk menggalakkan mereka menabung, menurut kajian Pelaburan dan Tabungan Kebangsaan.
“Adalah sesuatu yang baik melihat mereka yang mempunyai hubungan saling memberi motivasi kepada pasangan supaya menyimpan sejumlah wang,” kata pengarah institusi terbabit, John Prout yang dipetik The Daily Mail.
Bagi sebilangan orang, pengaruh pasangan mereka memberi kesan besar. Ia berdasarkan kajian bahawa seorang setiap lima orang menyimpan sekurang-kurangnya £200 (RM1,000) atau lebih setiap bulan menjadikan angka keseluruhan simpanan £2,400 (RM12,000) setahun.
Malah, kebanyakan lelaki yang boros berbelanja untuk membeli kereta atau berhibur di waktu malam, akan lebih merasa tertekan bagi menabung sebaik saja mereka menemui pasangan hidup.
Lelaki akan menabung secara purata £85 (RM420) atau lebih setiap bulan berikutan pengaruh pasangan mereka berbanding £50 (RM250) bagi wanita. Bagi lelaki muda berusia dalam lingkungan usia 25 hingga 34 tahun, mereka lebih terpengaruh oleh pasangan masing-masing dengan menabung sekurang-kurangnya £100 (RM500) lebih setiap bulan.
Kajian juga mendapati bahawa bagi sesetengah wanita, mereka akan lebih banyak menyimpan apabila mendapati pasangan lelaki mereka gemar untuk boros berbelanja. - Agensi

 betul jugak kate dieowg ni...so sape2 yg rase die tu suke berboros..
cepat cepatlaaa kawin..hihihi
bukan ape amalan berboros bukan elok pown...amalan syaitan tu..
so lepas ni kalu mak ayah tanye knpe nak kawin awal bagilaa alasan ni..gerenti dieowg x membantah..
approve terus..hihihi
dalam hati dieowg jimat duit aku...kit kit kit..


Read more...

Thursday, July 19, 2012

Pose jgn yuk yuk!!



Assalamualaikumm...
ni nak share ckit pasal Pengumuman Tarikh Puasa 2012..

Sebentar tadi diumumkan Tarikh Puasa untuk tahun 2012 oleh penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. 1 Ramadhan tahun ini jatuh pada hari 21 Julai 2012 iaitu pada hari Sabtu ini. Maka solat Tarawikh akan bermula esok malam...yeahhh esok mlm pakat mai semue
mengimarahkan masjid2 di kg anda..hihihi
bukan bulan puase bln lain pown amalkan juge..huhuhu

so Selamat BERPUASA untuk kawan-kawan semue. Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya. Sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan amalan kita semua. time berbuke jgn makan byk3 okeh..
ala kadar udah..hihihi
posee penuh dpt duit raye byk..tp kalu dah tue bangke siap2kan duit byk ckit..ekekeke
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Read more...

Wednesday, July 18, 2012

Cinta Platonik


Assalamualaikum semuee warge malaysia..
di pagi y ang serbe indah ini..nak jugaklaa bunyi kongsikan serbe sedikit pasal movie yg menarik perhatian bunyi...movie ni mmg lain dari yg lain..kalu tgok je mesti rase wooowww!!! 
rase mcm nak ade jugak cinte platonik ni...
jarang kat malaysia ni wujud cinta platonik ni...
eh eh tau ke ape cinte platonik tu??? 
kalu ikut kefahaman bunyi cinta platonik tu mcm kawan lain jantina yg sgt rapat teramat tp xde langsung
rase cinta dan rase untuk dimiliki atau daya tarikan seksual..amboi....
seronokkann kalu ade mmber mcm tu kan..semue mende kite akan share bersame..setiap detik die akan temani kite...jgn pikir lain okeh...hiihi 

movie hanya aku cinte kau seorang mengisahkan cinta platonik antara murni @ senget dan mukhlis...
sebenarnyee murni sukekan mukhlis tapi die sangkekan mukhlis ni homoseksual yg menyukai ayim..
padahal sebaliknyee....muklis pown ade perasaan yg same...tp disebabkan janji yg telah dibuat mereke terpakse akur dgn perasaannnyee walaupun murni mule menyukai Iqwal dalam diam2..muklis terpakse berundur tp kerane umur xpnjang meninggal dunie dan die menyerahkan hati die kepade iqwal yg mermerlukan hati kerane kanser hati...cerite ni sgt menyayat hati +++ jenake...so bagi bunyi mmg best..bunyi bgi rating 4/5...hihihi
ape2 pown korang tengoklaa sendiri...bunyi nak pi cari sowg mcm muklish tu...agak2 ade x yg sudi..ekekeke
ni die lagu tema die..best2

Lirik Lagu Hanya Aku Cintakan Kau Seorang - Farique Nadzir

Kau hadir tanpa ku sedari,
Mengisi kekosongan hati,
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi

Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang mengunung,
Kau biarkan ku oh sendiri,
Malam ku tanpa mimpi

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu


OST Hanya Aku Cinta Kau Seorang (HACKS)




Read more...

Sunday, July 15, 2012

Senyum dengan Kerenah manusie...P


Salam satu malaysia...
lemparkan satu senyuman yg paling paling manis dekat owg yg paling kite sayang..
cewaaahhhh....yelaaa senyuman tu kan sedekah...sbb tu bunyi suke bagi senyuman kat owg..
xkirelaaa tue @ mude...tp jgn ingt bunyi giler lark..hehhhee


yelaaa kadang2 kalu kite men senyum je ade jugak yg kate gile agaknye budak ni..bukan nak balas balik..
hrmmm...tulaaa kerenah manusie skung...senyum tu bley buat muke kite jadi awek mude kot...
xcayee tanye moyang korang..penat kot buat muke masam mencuke hari2...
kalu xcaye trylaaa buat hari ni smpai ke petang...mesti stresss gilerr....

Dalam mase 2 bulan ni bunyi ngah praktikel kat satu kilang getah ...
So kalu dah training ni mcm2 kene adapt mende yg baru yg kene adapt...
training ngen blajar mmg lain...sbb training kite kene praktikan tp blajar just kite blajar theory tanpe buat ape2...beze kannn!!!
dalam training jugak kite kene byk bersabar...sbb kite kene jupe ramai owg yg berbeze perangai dan berbeze ragam....ade yg bley jadi kawan ade yg bley jadi sebaliknyee...tp insyaallahh...
kalu niat kite baik..baiklaaa jadinyeee...
disebabkan kebosanan so bunyi akan selalulaa mengupdate blog.hihihi

Bunyi ni xberape gemar nak bermasam muke sbb tu bukan prinsip bunyi..
bunyi ni jenis hidup yg suke simple n xbyk kerenah..sbb member2 mmg senang nak friend ngen bunyi..
bunyi ni bkn jenis pndaai marah pown..kadang2 member2 sllu ckp sbb tu ko ni selalu  kene buli..
tapi bunyi xpernah anggap owg mcm tu....dalam hidup bunyi bunyi akan tolong selagi mampu..
bunyi mmg suke buat kije yg perfect..biar ambik mase tp owg puas dgn hasil tgn kije...
kalu owg tegur xpenah simpan lam hati...sbb hati ni nak simpan mende lgi berhare..hihihi
bunyi anggap semue tu sbgai nasihat yg membine...

bunyi ade impian..ade cite2...suatu hari 6ti bunyi xkan bekerje dgn kerajaan..kalu kije pown just nak grab pengalaman....bunyi lagi suke bukak bissness sendiri...sbb bunyi bley trainn anak2 buah bunyi dgn ape yg bunyi idamkan selame ni...alang2 dah blajar ape salahnyee kite praktikkann...hehehhe


manusie bukan semue perfect pown..
tp kalu kite usaha dgn ikhlas insyaallaahh Allah akan membuka pintu rezeki kite...
hidup kene selalu bersabar sbb dugaan selalu ade jike kite ingin berjaye..tu kate2 abah bunyi yg selalu bunyi pegang smpai skung..

so selamat kepade semue..jangan menyesal dgn ape yg kite buat...teruskan usahe smpai kite berjaye...
jgn malu dgn diri sendiri....jgn malu untuk bertanye..jangan malu untuk berkongsi... 
kerane malu adelah killer yg plg bahaye dalam kerjaye..hihihi

sekiannn.....




Read more...

Merempit @ Merokok...HATE that!!


Hyee u all...before that..say assalamualaikum n gud moonink everyone!!!
Today I feel so lucky coz still give a change to see the wonderful  world n God still give an oxygen to us...

eh eh eh asal speaking pagi2 ni....hehhehe
bunyi men hentam jee....kalu xpham bukak pakcik google...
kalu die xreti nak translate jugak..meh jupe bunyi...hewhewhew..

hari ni xtau nak share ape tp pagi tadi bunyi ade tgok satu mamat ni...
bawak moto men jokki jokki lagi...dah lee depan kete bunyi...
nak hon takut dimarahnyeee...tp kalu xhon mau bahaye pemandu len termasuklaa bunyi...


kot ye pown nak jokki moto pilaaa kat litar...
sane cukup lengkap kot kemudahan die...
nak terbalik ke nak terlentang ke ikut suke hanglaaa...

nilaaa remaje kite..mudah sgt terpengaruh dengan bende2 yg xelok...
bile dah xcident...ade kematian baru nak nyesal2 bagaiii...
kan elok dari awal lagi amalkan budaya sihat...

haaa ni satu lagi bunyi paling anti kalu tgok sape2laaa yg merokok depan bunyi..
dah bau asp tu busuk...lepas tu men selambe je hembus2....
ko ingat kami ni tukang sedut asap rokok kau ke...

ble dah tue mcm2 penyakit kene..time tulaaaa baru nak bertaubatlaaa...
kalu disuruh berenti..die ckp xmacho kalu xmerokok..
pastu bgi mcm2 alasan...dah terang2 kat kotak rokok tu ehem2...


haaa nak gtau pown serammm...agaknyee dieowg xnmpak kot ape yg ade kat kotak rokok tu...
maybe dieowg rase ahhh bukan kene kat aku pown...
mmglaaa tgok mangse yg kene majoriti bayi...xkesian ke kat anak2 kite 6ti...

perempuan ke lelaki semue same..hebat agaknyee merokok..
abah bunyi pown merokok dulu tp bley je die berenti..
alhamdullilah die skung sehat..naseb bek die cpt berenti..

so kepade rakyat2 yg sgt disayangi...elakkan MEREMPIT..
elakkan MEROKOK...

AMALKAN BUDAYA YANG SIHAT..
pesanan ikhlas dari bunyi dan teman2 yg xberape gemar dgn 2 perbuatan diatas...
sekian....

Read more...

Saturday, July 14, 2012

Pendatang tanpe x berape nak izin!!!


Ohayouuu!!!
Tabemasuka???
dah lame xpraktik bahase jepun ni....hihihi
sejak2 dah lame xblajar teringat zaman dahulu kale...
xpela kalau korang xpham buat2 xnmpak je...heheehhe

semalam Bunyi cuti cuti malaysia...
so kalu dah cuti ni abah kesayangan bunyi suke buat plan2 mengejut...
die mmg xley tengok bunyi duk rilex je...ade je plan yg kene ikut...haishh
tp xpe plan2 die semue best2...gerenti dapat pengalaman baru...hehehe

so semalam tau ke bunyi kemane???
tau tau tau!!!!
mcm mane nak tau kan, bukan ade mention kat atas pown ekekkeke...
semalam bunyi n family pi jalan2 kat negeri kelantan...
awal2 pagi dah gerak...lepas subuh pandang kiri kanan start enjin terus melunjur...hihihi
dahlaa selalu kene jadi driber abah...pastu assistant driber x ikut lark kali ni...
penat kot dok driff atas jln tu.... eye ke???? hehehehe

tujuan kami ke kelantan tu nak ziarah family kawan abah kat sg golok simpadan thai...
takut jugak sebenarnyee nak pergi sbb kami xde pasport..kire pendatang asinglaa.hihihi

tapi sebab manusie dgn manusie bley dibawak bincang...
so kami pergi jugak dgn altenatif nek perahu jalur melintas sg golok...
kami pergi hari jumaat so polis2 sane cuti gamoknyee...hehehhe
tp owg situ ckp die tak ambik tau..kalu die tanye jwb nak ziarah saudare je..

kebanyakkan owg sane byk yg yang berhijrah kat malaysie untuk berniage..
mmg rutin dieowglaaa kalu berniage kat rantau panjang...salah satu zon bebas cukai...
kalu shoppim kat sane rambang mane weh...silap2 bly pingsan sbb xtau nak pilih mane...hihihi

kami nek pahu jalur satu hinggit satu perjalanan okeh..
pastu kene nek moto gendong 3 kot nak pi umah kawan abah tu..
mau tergelak aku tgok gaye hidup owg sane...mmg berbeze giler..jam malaysie pown berbeze ngen sane
aku smpai kat rantau panjang lam pukul1..tp smpai seberang sane baru kul 12..6mpak ape yg nak disampaikan....hehehe

kami pi bndar nek moto bonceng smpai 4 pown ad..
malu kot tp dah gaye dieowg..buat slumber je...hihihi
topi xyah pakai...pastu men celah2 je...yg peliknyee xde lork yg  xcident..
kalu kat malaysie maunyeee tumpah darah...
kagum jugak aku tgok dieowg bwk kenderaan..

barang sebelah thai lagi murah jike nak dibandingkan dgn malaysie dari segi pakaian..
fesyen dieowg pown ala ala kpop kot...
haaa abah bunyi siap bei burung candik kegilaan owg sane...
burung tu bley cecah smpai beribu kalu dah pndai cakap..
cakap pasal burung..dekat sane mcm2 spesies aku tgok yg xde kat malaysie...
cantik giler...tp kami sebagai pendatang xley belli byk2..setakat sekor bleylaaa..

so lepas penat shopim sane..kami smbung sopim kat rantau panjang larkk..
kalu korang nak tau...barang sane mmg byk dan murah2..
bunyi dahlaaa kaki shopim...seb bek abah sponser mcm2..hihihi
tunjuk2 je die bayar...tq abah cozz bagi peluang nak lepas geram tuk shopim..hihihi
beli2 jugak jgn smpai xmuat bonet sudaaa..
6ti kene cas ngen kastam kalu beli barang2 selain pakaian..

mmg byk pengalaman pi jalan2 kat sg golok ni..
bunyi suggestkan lepas ni korang jgn tiru pasal buny erk..
jadilaaa pendatang yg diizinkan...bukan ape kalu jadi ape2 kat sane susah..
lenlaaa kalu ade kawan yg bley jamin keselamatan kat sane...

okehh...byeee tu je nak ceritee...
gambate kudaisan!!!


sg golok









Read more...

Thursday, July 12, 2012

STRESS ke??? Jom Bace ni??


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Dunia...
okeh dah sedie dah nak grabb info ni...
ni dieee!!!

13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress 
korang mesti senantiase stress kann????
kalu pekerje dgn kertas kerje menimbun2 atas meja ++ bebelan manager lagii..hihi

Bagi seorang pelajar pula, assigment yang banyak itu tak lari ditambah pula dengan masalah dengan boyfriend/girlfriend mesti stress giler kann!!

Tips Hilangkan Mengantuk dan Stress

So, bunyi nak kongsikan kepada korang semua tak kiralah muda ataupun tua. Mahupun berbeza bangsa, kaum dan saiz kasut, semua boleh turut serta maaa... Kalau kamu rasa 13 cara di bawah ini bagus untuk hilang semua tu jangan lupa 'share'kan dengan rakan-rakan tak kiralah Cina, India, Bangladesh, Timor, Bajau dan sebagainya. Share je jangan malu-malu...

Ok, dah ready semua !!! Let's do it ! First, sila bangun sekarang ! Jangan malas, kita nak mulakan sekarang nie...bley pasang lagu ni sambil buat 13 care ni..hihihi
bangun harimau bangun

LANGKAH 1


Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..

LANGKAH 2


Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..

LANGKAH 3


wa..wa..aaa

LANGKAH 4


Gerak kekanan kemudian ke kiri..

LANGKAH 5


Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..

LANGKAH 6


Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..

LANGKAH 7


Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..

LANGKAH 8


Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…

LANGKAH 9


Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..

LANGKAH 10


Hilangkan semua tekanan…

LANGKAH 11


pusingkan kepala… untuk legakan otot bahu dan tengkuk itu…

LANGKAH 12


Selepas itu goyangkan kepala dan tangan serentak.. lawa tak…

LANGKAH 13


Akhir sekali lakukan joget kucing…

____________

Sekian... SELAMAT MENCUBA !!!

Kalau korang masih lagi rasa mengantuk, stress bagai... bunyi sarangkan Silalaa berjumpa doktor atau kepada yang pakar ! mybe itu dah 'crazy' dah tu... hehhehe.

Read more...