Monday, July 23, 2012

Sape nak berjimat cermat...Mohla kite kawin!!


Hai semueee!!!
Amacam dah masuk hari kedue berpuase...okeh ke???
jgn xpuase dahlaaaa..xbaik okeh...bulan puase nilaaa semue mende kite kene tahan..
tahan makan n minum, nafsu n lain2 lagilaaa..hihihi
Tadi bunyi ade selak cikit surat khabar b4 pi kije..
ape yg bunyi tertarik kat tajuk kat lam tu ni dio...

Pasangan berumahtangga lebih cenderung menabung..kir lagi jimatlaa kalu dah kawin..
so kalu tgok je tajuk ni..bunyi duk pikir2...betul ke???
hrmmm kalu mcm tu bunyi pown nak kawin awal..hihihi
ni kajian yg org landon buat..
ape lagi bacelaaa....


London: Langkah untuk berkahwin mungkin cara terbaik untuk menyimpan duit kerana pasangan yang mendirikan rumah tangga pada umumnya menggalakkan sikap berkorban dan tabiat menabung daripada berbelanja untuk suka-suka.
Satu kajian terbaru di Britain mendapati, mereka yang menjalin hubungan secara dasarnya akan mempunyai sekurang-kurangnya £68 (RM337) sebulan atau hampir £800 (RM4,000) setahun.
Pasangan suami isteri juga biasanya mempunyai sasaran bersama seperti menyimpan wang untuk membeli rumah, untuk membiayai kehidupan berkeluarga atau bertujuan untuk tabungan menjadikan cara berbelanja juga terkawal.
Kira-kira 57 peratus daripada setiap pasangan mengakui bahawa suami atau isteri mereka memainkan peranan, termasuk berleter, untuk menggalakkan mereka menabung, menurut kajian Pelaburan dan Tabungan Kebangsaan.
“Adalah sesuatu yang baik melihat mereka yang mempunyai hubungan saling memberi motivasi kepada pasangan supaya menyimpan sejumlah wang,” kata pengarah institusi terbabit, John Prout yang dipetik The Daily Mail.
Bagi sebilangan orang, pengaruh pasangan mereka memberi kesan besar. Ia berdasarkan kajian bahawa seorang setiap lima orang menyimpan sekurang-kurangnya £200 (RM1,000) atau lebih setiap bulan menjadikan angka keseluruhan simpanan £2,400 (RM12,000) setahun.
Malah, kebanyakan lelaki yang boros berbelanja untuk membeli kereta atau berhibur di waktu malam, akan lebih merasa tertekan bagi menabung sebaik saja mereka menemui pasangan hidup.
Lelaki akan menabung secara purata £85 (RM420) atau lebih setiap bulan berikutan pengaruh pasangan mereka berbanding £50 (RM250) bagi wanita. Bagi lelaki muda berusia dalam lingkungan usia 25 hingga 34 tahun, mereka lebih terpengaruh oleh pasangan masing-masing dengan menabung sekurang-kurangnya £100 (RM500) lebih setiap bulan.
Kajian juga mendapati bahawa bagi sesetengah wanita, mereka akan lebih banyak menyimpan apabila mendapati pasangan lelaki mereka gemar untuk boros berbelanja. - Agensi

 betul jugak kate dieowg ni...so sape2 yg rase die tu suke berboros..
cepat cepatlaaa kawin..hihihi
bukan ape amalan berboros bukan elok pown...amalan syaitan tu..
so lepas ni kalu mak ayah tanye knpe nak kawin awal bagilaa alasan ni..gerenti dieowg x membantah..
approve terus..hihihi
dalam hati dieowg jimat duit aku...kit kit kit..


Read more...