Saturday, June 09, 2012

Wayang wayang wayang wayang!!


assalamualaikum..
hari ini lepas bosan2 study aku layan cter ni kat drama tv online..
aku ada kau ada???ingat xbest sekali comel jeee movie ni..hebatlaa pengarah die..hihihi
Ada part komedi + romentik. Gandingan pelakon Shahiezy Sam & Yana Samsudin memang perghh
Kau Ada Aku ada merupakan arahan pengarah wanita woo iarghhhitu Rahila Ali yang mana penggambaran dilakukan di korea selatan. Kalau dah berlakon kat korea, pemandangan dia haruslah cantik dengan bunga – bunga segar kat tepi jalan. Filem Kau Ada Aku ada bagi aku, sebenarnya kekuatan dia terletak kepada lakonan Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Kamal Adli. 3 pelakon ni memang tak dinafikan semakin hari semakin improved terutama kamal adli.


Nordin Ahmad (Shaheizy Sam) adalah pelajar tahun kedua yang teringin dipandang “cool”.Masalahnya, setiap kali Nordin menjadi tumpuan oleh pelajar-pelajar perempuan dia akan panic dan terbatuk-batuk. Aziz (Kamal Adli) pula, seorang pelajar yang poyo dan perasan popular, selalu menyakat Nordin. Aziz sakit hati bila Nordin mendapat perhatian lebih daripada pelajar perempuan. 


Tina(Yana Samsudin) adalah pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin utuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas barannya. Wanna (Wanna Ali) pula pelajar perempuan yang begitu tergila-gilakan Aziz sehingga sanggup mengekori Aziz ke mana sahaja tetapi langsung tidak di layan oleh Aziz.


Tina bertemu semula dengan Nordin setelah 15 tahun berpisah, darah gemuruh Nordin makin teruk dan sikap pemarah Tina semakin menjadi.Masalah menjadi lebih besar apabila mereka disatukan dalam persembahan berkumpulan untuk kelas teater. Aziz mula sukakan Tina disebabkan perasaan benci Tina kepada Nordin.



Yang memberi kelainan dalam filem ini ialah bila Shahiezy Sam  & Yana Samsudin menyanyikan sendiri lagu untuk filem ini  Begini Caranya . Ada dua lagi lagu yang ada dalam filem ni yang dinyanyikan sendiri oleh pelakon dalam filem ni. Sedap suara Yana Samsudin ni. 


xmenyesal kalu tgok...comel je citer ni...
bagi akulaaa...korang xtaulaaa..hihihi

ni lark lagu tema dieowg...begini rasanyaa

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=9E5jdoeGiSk
ade lagi satu lagu yg aku plg suke...part lam teater tu tp xjumpe cari...hihihi
mmg sedap suare yana...good job
3.9/5

Read more...

Friday, June 08, 2012

EURO Coming EXAM pown Coming!!! Hebatlaa



 

Yihaaaaaa!!!! EURO 2012 is starting NOW!!! 

Perghhh xsabar aku nak tengok bola mlm ni....
Walau exam nak mule dah tp ape2 pown bola tetap layan laa wehhh..hihhihi
kenikmatan atas dunia tuh jgn xrasai larkkk..rugi...hik3

Tapi2 ape yg penting pndai-pandailah korang devide mase...
bola+study+makan+tido...Fuhhh sempurne hidup korang..huk3
tp solat jgn lupe lark...kui3

ni nak gtau laa ckit pasal EURO ni..
"Perlawanan Pembukaan antara Poland  menentang Greece.  
Untuk edisi Euro pada tahun ini,  Poland dan Ukraine  telah dipilih selaku tuan rumah."

dan x dan aku nak nengok jugak bola mlm ni...hihihihi
Study is OVER!!! FUN is coming!! 

hah kalau korang sokong team mane???? 
ishhhh!! Xpe2 korang jwb sendiri eh!!
aku punye feberet team mestilaaa SEPANYOL!!! hihihi
tp gentar jugak dgn team JERMAN ni...hebat jugak...ITALY sekali lah..huhuhu
MY team chayok3!!! jgn malukan aku taun ni....hihihi

kalu dulu ade gak sotong paul yg pandai buat ramalan ni
tapi Sayangnya si sotong Paul tamat riwayat sudahhh...
SO haiwan ape lagi yang boleh meramalkan keputusan perlawanan bola sepak tahun ni?
 hrmmm!!sama-sama kita nantikan.. hihihi

ni diooo jadual perlawanan EURO 2012...
tempek besaw2 kat dinding umahh yee..huhuhu
jom gegarkan rumah anda dengan perkataaannn GOOOOLLLLL!!!!!


Kumpulan A

8 Jun – 11:55 malam  |  POLAND vs GREECE
9 Jun – 02:45 pagi  |  RUSSIA vs REP CZECH
13 Jun – 02:45 pagi  |  POLAND vs RUSSIA
13 Jun – 11:55 malam  |  GREECE vs REP CZECH
17 Jun – 02:45 pagi  |  GREECE vs RUSSIA
17 Jun – 02:45 pagi  |  REP CZECH vs POLAND
 Kumpulan B
9 Jun – 11:55 malam  |  BELANDA vs DENMARK
10 Jun – 02:45 pagi  |  JERMAN vs PORTUGAL
13 Jun – 11:55 malam   DENMARK vs PORTUGAL
13 Jun – 02:45 pagi  |  BELANDA vs JERMAN
17 Jun – 02.45 pagi  |  PORTUGAL VS BELANDA
17 Jun – 02.45 pagi  |  DENMARK vs JERMAN
 Kumpulan C
10 Jun – 11:55 malam   SEPANYOL vs ITALI
11 Jun – 02:45 pagi  |  IRELAND vs CROATIA
14 Jun – 02:45 pagi   SEPANYOL vs IRELAND
14 Jun – 11:55 malam   ITALI vs CROATIA
18 Jun – 02:45 pagi  |  CROATIA vs SEPANYOL
18 Jun – 02:45 pagi   ITALI vs IRELAND 
Kumpulan D
11 Jun – 11:55 malam  |  PERANCIS vs ENGLAND
12 Jun – 02:45 pagi  |  UKRAINE vs SWEDEN
15 Jun – 11:55 malam  |  SWEDEN vs ENGLAND
16 Jun – 02:45 pagi   UKRAINE vs PERANCIS
20 Jun – 02:45 pagi  |  ENGLAND vs UKRAINE
20 Jun – 02:45 pagi  |  SWEDEN vs PERANCIS
selamat menonton dan merasai nikmat kesukanan. 









Read more...

apelaaa naseb kat dunie ni!!




Perangai Manusia ;)



Nak tahu kenapa tajuk entry aku cmni ? Sebab lately ni ramai sangat manusia yang tak sedar diri yang dia sendiri ada banyak membuat kesalahan. Hidup yang semakin meningkat ni pemikiran pun kena lah matang. Tak salah nak bercakap tentang seseorang / sesiapa pun. Tapi BERPADA-PADA lah.Wa pun tak sempurna mana, selalu jugak buad salah, tapi wa ingat wa siapa, wa tawu wa buad ape.Wa tade nak ulang kesalahan berturut-turut.Lu terasa ? Wa tawu lu mesti nak mencarut lepas ni. Hah! wa da paham sangat perangai lu .

Sebelum kita nak bercakap tentang seseorang tuh. cuba pandang diri sendiri dahulu.
Dah cukup bagus ke kita ni, dah cukup sempurna ke kita ni ? Dah pandai sangat ke kita ni ?Kita ni dipandang tinggi ke ? Kita ni dah beradab sangat ke ? Kita ni dah Cukup baik ke ?Kita ni langsung tade buad salah kat siapa-siapa ke ?
CUBA FIKIR SEJENAK !

Bila kita ditegur , terima dengan baik. Orang yang nak menegur tuh pun gunalah cara yang baik, baru orang pandang kita tuh dengan pandangan yang baik.Kalau awak sendiri yang dah berperangai macam tuh, memang lah orang lain pandang pelik kat awak. PERNAH FIKIR MACAM TUH ? Menegur sama erti dengan nasihat yang baik. Bukan memerli tak tentu hala. AWAK FIKIR AWAK BAGUS SANGAT ?

Awak sibuk dengan hal orang, ape orang buad, ape orang pakai, cara orang berjalan, cara orang bercakap, TAPI, awak tuh dah bagus sangat ke ?Tuhan dah jadikan kita sebagai manusia yang berakal, guna lah akal tuh sebaik mungkin. Masing- masing ada cara masing-masing. Jadi manusia tuh biar berguna. Jangan jadi USELESS ;)

Kalau 24 jam mulut tanpa henti memerli orang lain, memang lah tuhan akan balas balik apa yang kita dah buad. Awak cakap awak ingat tuhan , tapi bila awak memerli orang tuh ada awak ingat tuhan ? Kalau tuhan tak balas kat akhirat, dekat dunia lagi tuhan dah balas.


Ingat , tiada siapa yang sempurna termasuk aku.
Gua buad hal gua, lu buad hal lu !
Lu nak tarik sume, lu pegy . 
Mulut lu tak benti2 perli, gua tade hal.
Dosa lu yang jalan bukan gua ;)


ASSALAMUALAIKUM

Read more...

Tuesday, June 05, 2012

Ape itu cak lempong???



Muzik tradisional caklempong dikatakan telah dibawa ke Tanah Melayu 

oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat yang menetap 

di Negeri Sembilan seawal kurun

 ke-14. Masyarakat Minangkabau

memanggil caklempong sebagai talempong. (Sumber: Abd Samad Idris, 1970)




Di dalam tradisi terdahulu, selain daripada tujuan untuk berhibur,

caklempong turut memainkan peranan penting di dalam kehidupan 

seharian masyarakat Minang seperti menyatupadukan penduduk 

etempat caklempong dimainkan semasa upacara pertabalan Sultan.

caklempong dijadikan sebagai muzik iringan dan dimainkan untuk 

pelbagai tujuan antaranya ialah upacara perkahwinan, perasmian, 

keraian, muzik iringan pencak silat, tarian dan sebagainya.

Muzik caklempong kini telah diterima oleh masyarakat majmuk 

di Malaysia sebagai muzik warisan bangsa milik semua rakyat Malaysia. 

Ia tidak lagi hanya bertumpu di Negeri Sembilan sahaja. 

Muzik caklempong telah diajar di institut perguruan seluruh 

negara dengan tujuan untuk mengetahui salasilah dan 

asal usul muzik tersebut selain menyemai semangat kecintaan 

kepada muzik tradisional di Malaysia.

haaaa kalu nak tau aku pown pandai main ni..

hah!! x caye!!

betullaaa aku pernah main mende ni time kat UPM under subjek kokorikulum tau..

perghhh memang best..ingt susah tapi last2 terer jugak 


smpai terpilih buat persembahan 

majlis..hihihi

bangge dooo!!


Ni time kami practice....huru hare bilik ni..hihihi


ni time kami buat persembahan pembukaan....

kire aku ni pndailaa kan dari korang...yihaaa


Read more...

Monday, June 04, 2012

Auuuuuwww MY LOVELY ROOM!!!


Ohayoooo!!!

hurmmmmm hari nak crite ckitlaa pasal bilik comel kite...hihihi
commelllaaa macam pemiliknyeee...huawhuaw
bilik kite plg simple kot n paling lagilahhh....

kite suke duk bilik ni walau die xbrape nak mewah tp tempat nilaa kite selalu tdo..
berborak2 ngen dinding pown ade...ble dah agak2 bosan...huhuhuhu
sebenarnyee teringin nak menghias bilik ni tapi maklumlaa bilik ni kite tumpang je...
so hias ape yg mampu jelaa..hihihihi
jom explore!!


ni katil double decker kite...tapi atas xde owg tdo...nak tumpang mehlaa


ni lark tempat kite online n bersantai2 ngen kawan2 lam fesbuk n blog n twitter..


ni tempat kite study malam2..bersepah kan??


note2 pink tu yg selalu mengingatkan kite pasal homework..TQ!!


 ni tempat persembunyi baju2 yg ehem2..hihi


ni blog kite yg x seberapelaaa..ni je mampu..hihihi


ni barang2 yg kite sayang...ade yg dan jadi barangan antik dah.,...huhuhu

so harap2 bilik ni akan menjadi kenangan suatu hari 6ti...MISS U!!



Read more...

Jangan risau pasal JODOH!!


hari ini nak berborak pasal jodoh...maklumlaaa saye ni still xjupe jodoh saye atau mungkin belum sampai waktunyee...
risaulaa jugak kan...kot2 xde orang nak kat kite...kite bukan cantik pown...sempurne apetah lagi...
tapi kite yakin dengan jodoh yg Allah tentukan...
bukan saye sorang yg risau tapi ramai kawan2 saye yang hidup dalam dilema tentang soal jodoh. Pasti ramai yang sudah mulai bosan untuk menjawab soalan dan ayat seperti "Bila lagi mahu kahwin?", "Takkan takde calon lagi", "Ke awak yang memilih sangat?" dan sebagainya.
Apa yang sebenarnya berlaku? Urusan Jodoh itu adalah urusan Allah SWT, cuma kita perlu tahu bagaimana cara mengenali jodoh dalam islam. Tips ini berguna bagi anda yang sedang mencari jodoh. Mari saya terangkan bagaimana.
Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu "3M"? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh MemahamiMemaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita. Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut: Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita. Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga. Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.
Jadi sekiranya anda mahu mencari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M di atas supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku cerai-berai. Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam  iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.

Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyenataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:

1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.
Ingin saya kongsikan 2 jenis Do'a:
Do'a Mencari Jodoh
Jika anda mengalami keadaan putus cinta, Insya Allah amalkan Do'a kedua ini:
Do'a Putus Cinta
Saya hanya berkongsi tips ini untuk kebaikan bersama. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang lemah itu datang dari saya. harap2 tips ni bergune...so doa2laaa selalu semoge jodoh anda ditemukan dengan owg2 yg baik...Amin

Read more...