Saturday, June 09, 2012

Wayang wayang wayang wayang!!


assalamualaikum..
hari ini lepas bosan2 study aku layan cter ni kat drama tv online..
aku ada kau ada???ingat xbest sekali comel jeee movie ni..hebatlaa pengarah die..hihihi
Ada part komedi + romentik. Gandingan pelakon Shahiezy Sam & Yana Samsudin memang perghh
Kau Ada Aku ada merupakan arahan pengarah wanita woo iarghhhitu Rahila Ali yang mana penggambaran dilakukan di korea selatan. Kalau dah berlakon kat korea, pemandangan dia haruslah cantik dengan bunga – bunga segar kat tepi jalan. Filem Kau Ada Aku ada bagi aku, sebenarnya kekuatan dia terletak kepada lakonan Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Kamal Adli. 3 pelakon ni memang tak dinafikan semakin hari semakin improved terutama kamal adli.


Nordin Ahmad (Shaheizy Sam) adalah pelajar tahun kedua yang teringin dipandang “cool”.Masalahnya, setiap kali Nordin menjadi tumpuan oleh pelajar-pelajar perempuan dia akan panic dan terbatuk-batuk. Aziz (Kamal Adli) pula, seorang pelajar yang poyo dan perasan popular, selalu menyakat Nordin. Aziz sakit hati bila Nordin mendapat perhatian lebih daripada pelajar perempuan. 


Tina(Yana Samsudin) adalah pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin utuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas barannya. Wanna (Wanna Ali) pula pelajar perempuan yang begitu tergila-gilakan Aziz sehingga sanggup mengekori Aziz ke mana sahaja tetapi langsung tidak di layan oleh Aziz.


Tina bertemu semula dengan Nordin setelah 15 tahun berpisah, darah gemuruh Nordin makin teruk dan sikap pemarah Tina semakin menjadi.Masalah menjadi lebih besar apabila mereka disatukan dalam persembahan berkumpulan untuk kelas teater. Aziz mula sukakan Tina disebabkan perasaan benci Tina kepada Nordin.



Yang memberi kelainan dalam filem ini ialah bila Shahiezy Sam  & Yana Samsudin menyanyikan sendiri lagu untuk filem ini  Begini Caranya . Ada dua lagi lagu yang ada dalam filem ni yang dinyanyikan sendiri oleh pelakon dalam filem ni. Sedap suara Yana Samsudin ni. 


xmenyesal kalu tgok...comel je citer ni...
bagi akulaaa...korang xtaulaaa..hihihi

ni lark lagu tema dieowg...begini rasanyaa

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=9E5jdoeGiSk
ade lagi satu lagu yg aku plg suke...part lam teater tu tp xjumpe cari...hihihi
mmg sedap suare yana...good job
3.9/5

No comments:

Post a Comment