Friday, November 25, 2011

Buang Stresss!!!!

hai semueee!!!
minggu ni bunyi streesss separuh giler..


sbb bnyak test yg kene lalui..pastu ngen report menimbun-nimbun..
kerje rumah lagi yg xpenah habes...anak buah lgi kene jage..
hadoiiii penat seyyhhhh...balik2 je dari UPM kene settlekan kerje kat rumah..
bunyi bukan ape xbley arrr tgk rumah bersepah....mesti nak kemas walau byk mane report kene buat...kemas tu wajib lam diri bunyi...hihihihi
agak2 bunyi dah boleh jd isteri owg agknyee..hihihii
dengan gelagat anak buah lagi yg x habes2 nak kacau bunyi wak kije...ade je nak jolok sini nak jolok sane..
aishhhhh...bunyi ni bukan reti nak marah kat budak2 tu...sabar jelaaaa
kadang2 nak study pown kene tunggu dieowg tido duulu baru aman hidup waaaa..
tapi kalau penatt sgt tunggu2 tertido smpai pagi..
apelaaa naseb bunyi kan3...

stresss hidup mcm ni...
kalau bunyi stress sgt2..bunyi suke tgk kot jendele umh batu ni
rase mcm tenang je bile tgk pokok2 hijau..
x pown bunyi akan memasak resepi baru yg direke khas buat budak2 nakal tu...hehehhe
nakal2 dieowg pown dieowg bek sebenarnyee...biaselaaa budak2 kecik...hihihihihi

bunyi pown kesian kat akak bunyi yelaaa penat balik kije pastu nak layan kerenah anak2 lagi..
so stresss mcm mane pown bunyi akan tolong akak bunyi..
bunyi bukanlaa kejam sangat kat kakak sendiri..
susah senang die jugak yg tolong..

so kat sini bunyi nak shre laaa cikit care2 nak lepas stressss

> menjerit kuat2 lam hati tp ingat jgn keluar kuar suare lark 6ti jiran cakap ko meroyan..hihihihi
> tengok permandangan hijau...die akan bagi ketenanagan yg sgt dalam..
> memasak sambil nyanyi2 lirik sendiri (mane tau ade produser dengar) hihihihi...xpasal2 meletop kau minah
> bace al-quran @ berzikir
> tepon mak ayah tanye khabar
> buat status meracau kat fb..hihihih
> buat peranagai sengal ngen budak2 kecik..tu yg plg seronok....kui3
> dengar alunan gitar kuat2..mesti stress down...

tulaaa yg biase bunyi buat bil dah agak stressss...anak2 buah bunyi mmg dah petue2 tu..huhuhuhu
klah setakat ni jellaaaa..
bunyi nak cik cik cikkkedooouuttttt!!!!
salammmmm jumaat sumerrr!







Read more...

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”
Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah swt maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan ,jin dan manusia seperti :
  • dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan(sakit santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan
  • terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol ,kecurian mahu kena pembuli jalanan.
  • dijauhkan dari fitnah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah datangnya dari Allah S.W.T atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw. Bagi kaum lelaki jangan lupa selepas selesai solat jumaat duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya banyak bagi mereka yang mengamalkan, insyaAllah

Read more...

Lembutkan Lidah Anda!!!

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X )

Read more...

Pantun Negeri Masing2

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
  

Read more...