Sunday, December 16, 2012

FYP


Haiiiii!!!
lame saye tak update blog ni...
bukan buzy pown tp malas nak menaip..
kan bagus kalu ade alat saya ckp je pastu terpampang kat skrin ni..
mesti tiap2 hari blog di update....kui3
tapi ape kan daye kalu ade pown mesti tak mampu nak beli..hihihihi

skung ni tengah menunggu experiment tuk final year projek..
so ade mase free ni cubelaaa nak menggerakkan tangan ngen menaip notebook ni...
xde ape pown nak crite..
alang2 kat lab ni..so aku briefinglaa ckit pasal projek ak saye ni..

tajuk diberi>>>>> ZnO nanoparticles based electrode for lactate sensor

hahahhaha...ape yg korang paham tajuk ni...cube fikir sejenak?? 
ape sebenarnyee yg kene saye buat ni???

hihihihihi...dalam ayat yg senang saye kene modified sensor untuk detect lactik asid kat kepale lutut korang tu..
lactic acid tu ape lark??

haaaaa...lactic acid tu sejenis cecair yg kat kepale lutut yg bagi kite tak sakit bile bergerak..
owg tue skung mesti dah kurang lactic acid kan...so alat nilaaa akan sye gune tuk cek kandungan lactik acid dieowg...hihihi

sebenarnyee sebelum ni sye dapat tajuk tuk detect kolestrol..tp diesebabkan tersalah oder chemical...so kene keep going tajuk nilaa...

fulammmaakkk bukan senang kot nak start projek ni..
rasenyee dalam 2 bulan jugak baru saye betul boley starrt projek ni...
almaklumlaaaa kene prepare dari segi pengetahuan dulu...bukan main masuk je labb..pastu buat sesuka hatii

kite kene biasekan diri ngen instrument kat lab dulu....bak kate owg...manje2 dulu..hihihi
finnally saye dapat jugak start projek ni..harap2 menjadilaaa biosensor saye ni...
oklaaaaa itu ajelaaaa...sye nak g prepare solution lark.....memang best kalu jadi chemist ni....hihihi





Read more...

Sunday, August 12, 2012

Subhanallah!



Seorang budak berstatus bayi kecil telah menggemparkan dunia perubatan di negara Arab. Budak tersebut telah dianalisis dan didapati terdapat satu objek seperti bayi dalam kandungan dalam perutnya.
Awalnya saya sangat tidak percaya dan saya menganggap ini spekulasi, tetapi setelah melihat hasil analisa pasukan doktor lengkap dengan gambar – gambar budak pelik dan kandungannya, seperti sukar untuk tidak dipercayai. Ini benar – benar fakta unik dan misteri kehidupan.
Budak berusia satu tahun ditemui hamil di Arab Saudi. Doktor mengatakan ini kes yang unik bagi dunia ini. Laporan Ilmu Perubatan mengatakan: ” Apabila ibu kanak-kanak ini hamil, dia mempunyai 2 janin dalam dirinya. Tapi salah satu janin tumbuh di dalam yang lain, inilah mengapa gadis ini lahir dengan janin dalam rahimnya. Pasukan Doktor Arab memastikan ini boleh saja terjadi dari sudut perubatan. Mari kita lihat gambar budak pelik setahun yang mengandung.
P/S: Ingat lagi ke kisah ibu kepada Nabi Isa iaitu Maryam yang melahirkannya suatu ketika dahulu. Ramai orang menuduh Maryam berzina kerana tidak berkahwin. Sedangkan itulah adalah kekuasaan Allah SWT.



Read more...

Tuesday, August 07, 2012

Gahhhh di persada badminton dunia




Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei disambut ribuan penyokong sebaik tiba di 
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi Selasa. Chong Wei sekadar menghadiahkan pingat perak kepada negara selepas tewas kepada pemain No.1 dunia, Lin Dan.
tahniah buat Datuk Lee Chong Wei ...
kalah menang adat pertadingan..janji persembahan permainan sgt2 kosisten...
kalah pown bermaruah..hihihihi
cool je die men....memang tahap pro permainan die...
perak pown dah jdi kebanggaan rakyat malaysia kerane tulaa satu2nyee pingat tunggal setakat inii...WELL DONE!!!












Read more...

Monday, July 30, 2012

Berukir Inai di jari Haram ke??? jom Layan!!




tangan-berinai

assalamalaikum...
hari ni bukak je fb ade sepupu tanye pasal ukir inai di jari..
maklumlaa die nak kawin dah 6ti ....
so bunyi just nak sharelaa cikit pasal hukum mengukir inai di jari semase perkahwinan..

ramai yang tahu dan ramai yg buat2 xtahu.. tp ramai jg yang sebenarnya tidak tahu.. 
so bunyi nak share 1 artikel yg dibaca.. harap info ni berguna untuk kita semua.


Pengantin : Hukum Berinai

Sejak terbaca status kat fb tu bunyi jadi musykil. 
Perkara kecik mungkin, tapi kena ambik pandang jugak sebab membabitkan soal hukum hakam agama
so ape lagi gunekan kehebatan pakcik google kite. hihihihi

Hukum memakai inai bagi wanita
Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang
 tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W.
 lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda:
 “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.” 
Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” 
Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan,
berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)
Jadi, inai adalah sejenis pewarna yang boleh di pakai oleh wanita pada bila-bila masa. 
Dan Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa
 pemakaian inai adalah untuk membezakan tangan seorang lelaki dengan wanita. 
Tapi saya ada terbaca, diharamkan memakai inai
 bagi wanita dalam idah yang kematian suami (tak pernah tahu sebelum ni).
Hukum memakai inai bagi pengantin lelaki


Diharuskan. Sebab ia merupakan sebahagian daripada adat perkahwinan Melayu 

yang tidak bertentangan dengan hukum Syara’
Namun!!!
terdapat riwayat menyatakan :
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) 
yang mewarnakan tangannya dgn henna 
(inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W:
 “Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita.
” Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi’ (sebagai hukuman, dihantar ke tempat 
yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). 
Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w:
 “Kenapa dia tidak dibunuh?” Lalu baginda S.A.W bersabda:
 “Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang.”
 (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami’, 2502)
Hukum memakai melukis inai pada kulit kaki dan tangan bagi pengantin.


Ada banyak pendapat.
Pernah JAKIM menyatakan bahawa hukumnya HARAM dan dilaknat Allah.
 Alasan : Ia menyerupai tatu dan ada ketikanya,
 dibuat oleh pengantin bagi tujuan bermegah-megah.
Ada berpendapat, ia diharuskan selagi tidak menyerupai corak hidupan.


Mazhab Hanbali
berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan
 utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota
 badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan.

Mazhab syafie
pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai)
 pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. 
Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 
perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam
 iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu’
berkata lelaki diharamkan memakai inai pada 
tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. 
Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Mazhab Hanafi dan Maliki
lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana 
tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.
Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa

 Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah,
 “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dlm ihram.
 Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” 
(Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma?rifah, 
dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)

Wallahualam.
Bagi pendapat dan kefahaman Bunyi :
Sekiranya dengan melakukannya akan menimbulkan kecurigaan dan pertikaian,

 apalah salahnya ditinggalkan sahaja. Ia tidak lebih
 dari sekadar adat. Memadai dengan berinai pada hujung jari. 
Sebab ianya diharuskan dan tidak ada pertikaian tentang jatuh ke hukum haram.
Senang lah bukan? Jangan pening kepala cuba membolehkan 
perkara-perkara yang jelas ada pertikaian. Lebih-lebih lagi 
kepada perkara yang tiada tuntutannya dalam Islam. Take it easy Smile
Cuma untuk berkahwin. Bukan dalam kes darurat. Jangan berjuang
 mati-matian sangat dalam urusan inai. Tapi mengkaji dan belajar itu lebih baik.



ni boleylaa kalu nak tambah info....hihihi
klik disini


Read more...