Monday, July 30, 2012

Berukir Inai di jari Haram ke??? jom Layan!!




tangan-berinai

assalamalaikum...
hari ni bukak je fb ade sepupu tanye pasal ukir inai di jari..
maklumlaa die nak kawin dah 6ti ....
so bunyi just nak sharelaa cikit pasal hukum mengukir inai di jari semase perkahwinan..

ramai yang tahu dan ramai yg buat2 xtahu.. tp ramai jg yang sebenarnya tidak tahu.. 
so bunyi nak share 1 artikel yg dibaca.. harap info ni berguna untuk kita semua.


Pengantin : Hukum Berinai

Sejak terbaca status kat fb tu bunyi jadi musykil. 
Perkara kecik mungkin, tapi kena ambik pandang jugak sebab membabitkan soal hukum hakam agama
so ape lagi gunekan kehebatan pakcik google kite. hihihihi

Hukum memakai inai bagi wanita
Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang
 tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W.
 lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda:
 “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.” 
Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” 
Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan,
berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)
Jadi, inai adalah sejenis pewarna yang boleh di pakai oleh wanita pada bila-bila masa. 
Dan Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa
 pemakaian inai adalah untuk membezakan tangan seorang lelaki dengan wanita. 
Tapi saya ada terbaca, diharamkan memakai inai
 bagi wanita dalam idah yang kematian suami (tak pernah tahu sebelum ni).
Hukum memakai inai bagi pengantin lelaki


Diharuskan. Sebab ia merupakan sebahagian daripada adat perkahwinan Melayu 

yang tidak bertentangan dengan hukum Syara’
Namun!!!
terdapat riwayat menyatakan :
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) 
yang mewarnakan tangannya dgn henna 
(inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W:
 “Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita.
” Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi’ (sebagai hukuman, dihantar ke tempat 
yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). 
Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w:
 “Kenapa dia tidak dibunuh?” Lalu baginda S.A.W bersabda:
 “Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang.”
 (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami’, 2502)
Hukum memakai melukis inai pada kulit kaki dan tangan bagi pengantin.


Ada banyak pendapat.
Pernah JAKIM menyatakan bahawa hukumnya HARAM dan dilaknat Allah.
 Alasan : Ia menyerupai tatu dan ada ketikanya,
 dibuat oleh pengantin bagi tujuan bermegah-megah.
Ada berpendapat, ia diharuskan selagi tidak menyerupai corak hidupan.


Mazhab Hanbali
berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan
 utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota
 badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan.

Mazhab syafie
pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai)
 pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. 
Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 
perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam
 iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu’
berkata lelaki diharamkan memakai inai pada 
tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. 
Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Mazhab Hanafi dan Maliki
lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana 
tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.
Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa

 Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah,
 “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dlm ihram.
 Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” 
(Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma?rifah, 
dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)

Wallahualam.
Bagi pendapat dan kefahaman Bunyi :
Sekiranya dengan melakukannya akan menimbulkan kecurigaan dan pertikaian,

 apalah salahnya ditinggalkan sahaja. Ia tidak lebih
 dari sekadar adat. Memadai dengan berinai pada hujung jari. 
Sebab ianya diharuskan dan tidak ada pertikaian tentang jatuh ke hukum haram.
Senang lah bukan? Jangan pening kepala cuba membolehkan 
perkara-perkara yang jelas ada pertikaian. Lebih-lebih lagi 
kepada perkara yang tiada tuntutannya dalam Islam. Take it easy Smile
Cuma untuk berkahwin. Bukan dalam kes darurat. Jangan berjuang
 mati-matian sangat dalam urusan inai. Tapi mengkaji dan belajar itu lebih baik.



ni boleylaa kalu nak tambah info....hihihi
klik disini

No comments:

Post a Comment