Saturday, December 03, 2011

SEmak SaMan Kederaan Anda!!


Cara Semak Saman Melalui Sms

1) Cara Semak Saman Sms Melalui Nombor Pendaftaran Kenderaan

Taipkan POLIS SAMAN (Nombor Pendaftaran Kenderaan) dan hantar kepada 32728

CONTOH: POLIS SAMAN WXY1234 dan hantar kepada 32728

Anda juga boleh mendapatkan semua senarai saman anda dengan terperinci melalui sms seperti di bawah:

Taipkan POLIS SAMAN (Nombor Pendaftaran Kenderaan) SEMUA dan hantar kepada 32728

CONTOH: POLIS SAMAN WXY1234 SEMUA hantar kepada 32728

2) Cara Semak Saman Sms Melalui Kad Pengenalan

Taipkan POLIS SAMAN (Nombor Kad Pengenalan) dan hantar kepada 32728

CONTOH: POLIS SAMAN 80123013XXXX dan hantar kepada 32728

Anda juga boleh mendapatkan maklumat terperinci berkaitan saman anda melalui emel seperti di bawah:

Taipkan POLIS SAMAN (Nombor Kad Pengenalan) (EMAIL) dan hantar kepada 32728

CONTOH: POLIS SAMAN 80123013XXXX anda@gmail.com dan hantar kepada 32728

Cara Semak Saman Secara Online

Cara semak saman secara online adalah cara semak saman yang paling mudah dan cepat. Dengan hanya

beberapa klik dan mengisi borang tertentu, semua pertanyaan anda berkaitan saman yang dikenakan

 terjawab dengan kadar segera.

Laman sesawang untuk anda menyemak saman secara online adalah seperti berikut:

1) Myeg.com.my atau anda boleh terus mendaftar di Myeg di sini.

2) Rilek.com.my atau anda juga boleh terus mendaftar di Rilek.com.my di sini

3) Jpj.gov.my anda hanya perlu menukarkan bahasa yang anda kehendaki dengan menekan butang

 bendera.

Melalui laman-laman sesawang di atas, anda bukan hanya boleh menyemak saman sahaja malah berbagai-

bagai lagi kemudahan yang disediakan secara online melalui laman-laman tersebut. Antaranya seperti

laman JPJ, anda boleh menggunakan laman ini untuk membuat pembayaran saman secara online,

membayar lesen kenderaan dengan menggunakan kad kredit, menyemak nombor kenderaan terkini,


semakan saman kenderaan dan pemandu, semakan senarai hitam kenderaan dan pemandu, semakan tarikh

lesen memandu tamat, rayuan memperbaharui lesen memandu tamat, memuat turun pelbagai borang dan

sebagainya. Anda digalakkan mendaftar di laman ini untuk mendapatkan perkembangan terbaru dan

terkini yang berkaitan.


2 comments:

  1. loled at the cartoon. syukur tak penah kene saman sejak dapat lesen dulu:)

    ReplyDelete
  2. bertuahlaa badan..huhuhu
    saye dah kene saman ngen jpj mase xde lesen dulu..
    gare2 bawak kerete..huhuhu

    ReplyDelete