Assalamualaikumm...
ni nak share ckit pasal Pengumuman Tarikh Puasa 2012..
Sebentar tadi diumumkan Tarikh Puasa untuk tahun 2012 oleh penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. 1 Ramadhan tahun ini jatuh pada hari 21 Julai 2012 iaitu pada hari Sabtu ini. Maka solat Tarawikh akan bermula esok malam...yeahhh esok mlm pakat mai semue
mengimarahkan masjid2 di kg anda..hihihi
bukan bulan puase bln lain pown amalkan juge..huhuhu
so Selamat BERPUASA untuk kawan-kawan semue. Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya. Sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan amalan kita semua. time berbuke jgn makan byk3 okeh..
ala kadar udah..hihihi
posee penuh dpt duit raye byk..tp kalu dah tue bangke siap2kan duit byk ckit..ekekeke
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
No comments:
Post a Comment