Thursday, December 01, 2011

DISEMBER!!! yeaahhhh!!!!

Selamat pagi semuee!!!

ari ni cuace cerah je..

walau x hujan lagi tp bunyi rase mcm excited sgt nak gi kuliah..

maklumlaaa semalam cuti sehari...cuti buat sendiri..ahaks3

memandangkan ari ni 1/12/2011...

dan ini juga first entry tuk pengakhir tahun...

bunyi just nak nasihatlaaaa kepade remaje2 skung yg sedang bercintan-cintun tu

cintan2 jugak study ke kije ke kite kene buat okeyyy!!

family jgn lupe larkk...kalu BF/GF bley call tiap2 ari.

tp knp family kite x bley pulak...hihihihi


Pagi ni bunyi nak share sikit macam mana nak seorang yang romantik dengan cara yang paling mudah.
Tarikh- Sentiasa memperingati tarikh-tarikh penting di dalam hubungan anda. Lepas tu cube kita meraikannya dengan membuat kejutan kepada pasangan kita..mesti cair korang punye pasangan..hihihihi
Sokongan- Sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang pasangan anda cuba usahakan. Elakkan daripada memberi lebih banyak kritikan. 
Seni- Sekiranya anda berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak, puisi atau sebagainya, tuliskan suatu yang ditujukan khas kepada pasangan anda. Memang tangkap leleh arr..huhuhuhu
Kata-kata- Pasti ramai yang mengetahui dengan kata-kata sahaja mampu untuk membahagiakan atau menghancurkan perasaan seseorang. Sentiasa luahkan kata-kata yang indah terhadap pasangan anda.
Janji- Tunaikan setiap janji yang anda berikan kepada pasangan anda. Itu sudah menunjukkan anda seorang yang romantik.
Setia- Kesetiaan adalah suatu perkara yang sungguh indah. Setia pada pasangan dan pasti anda amat menghargai hubungan tersebut.
Layanan- Berikan layanan yang betul-betul istimewa terhadap pasangan anda. Cuba bezakan layanan anda bersama rakan dan layanan terhadap orang yang betul-betul anda sayang. Jangan luap pulak family kita yaaa!!!kat sini anda haruslaahhh menggunakan kebijaksanaan..hihhihihi
Penghargaan- Setiap orang didunia ini amat suka sekiranya dihargai. Tunjukkan penghargaan anda terhadap pasangan. Berikan pujian terhadap sesuatu yang mereka usahakan terutamanya perkara yang melibatkan pengorbanan kepada anda. Sekiranya anda menghargai pasangan anda, anda juga akan turut dihargai.
Untuk menjadi seorang yang romantik tidaklah sesukar seperti yang difikirkan. Lebih fokuskan kepada sesuatu yang mudah terlabih dahulu, kemudian sekiranya anda mempunyai masa, wang, dan situasi yang mengizinkan, barulah berusaha untuk melakukan sesuatu yang lebih romantik lagi untuk kenangan bersama. Sesuatu yang besar tidak akan wujud sekiranya anda tidak bermula daripada sesuatu yang kecil.



No comments:

Post a Comment